KUALA LUMPUR: Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata keputusan Kemboja menyenaraikan lebih banyak sukan tradisional menyebabkan pungutan pingat negara mungkin berkurang atau sekurang-kurangnya menyamai pencapaian edisi ke-31 di Hanoi, Vitenam pada Mei lepas.
"Antara sukan tradisional yang akan dipertandingkan ialah renang sirip, catur kemboja, gusti dan bokator. Kita kena realistik sebab banyak sukan yang selalu dapat emas dikurangkan di Kemboja, jadi kena terima realiti kita tidak akan dapat emas sebanyak di Vietnam.
"Kita perlu fokus naratif di Kemboja banyak sukan dikurangkan contohnya terjun lapan acara jadi dua acara, jadi sasaran kita boleh dapat emas turun mungkin kita akan kehilangan sampai 12 pingat emas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pasca Mesyuarat dan Penghargaan untuk Pengurus Pasukan dan Urusetia Kontinjen Malaysia Sukan SEA ke-31 yang dipengerusikan Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Nur Azmi Ahmad.
Pada Sukan SEA ke-31, Malaysia menduduki tempat keenam selepas memenangi 39 pingat emas, 45 perak dan 90 gangsa, melepasi sasaran pingat 36-35-75.
Selain itu, Mohd Nazifuddin berkata khidmat atlet muda amat diperlukan dalam kontinjen negara di Kemboja.
"Kita melihat selepas Sukan Malaysia (Sukma) banyak atlet muda dan kita percaya di sana (Kemboja) dua sukan terdapat banyak acara iaitu olahraga dan renang. Jadi memang perlu atlet muda untuk mencapai podium," katanya.
Beliau berkata MOM akan mengadakan pemilihan pada 11 Okt ini bagi menentukan saiz kontinjen dan berkemungkinan akan menghantar kontinjen kecil tetapi dengan pilihan untuk pulangan pingat yang baik.
Sementara itu, Nur Azmi berkata persiapan menghadapi Sukan SEA 2023 pasti lebih tersusun dan bersedia dengan mesyuarat yang diadakan hari ini.
Sukan SEA 2023 dijadual berlangsung dari 5 hingga 17 Mei tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Mohd Nazifuddin berkata khidmat atlet muda amat diperlukan dalam kontinjen negara di Kemboja. - Gambar fail
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
'Saya minta maaf kerana bebankan mak' - Fatiya Latiff dedah hidap skizofrenia
Fatiya, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan
Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu
Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Suri rumah rugi lebih RM15,000 terperdaya tawaran kerja 'review' hotel
Seorang suri rumah di sini kerugian RM15,850 selepas terperdaya dengan iklan tawaran kerja 'review' hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.
APG 2022: Sasaran 35 pingat semakin hampir
Kontinjen negara di APG Hangzhou 2022 semakin menghampiri sasaran 35 pingat ditetapkan selepas berakhirnya saingan hari ketiga temasya itu, hari ini.
Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM
Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.
Sukan SEA: Pengkritik perlu konstruktif - Ti Lian Ker
Beliau berkata, kritikan berkaitan sasaran juga perlulah pada masa bersesuaian.
Sukan SEA Hanoi: Syabas sasaran dicapai, namun kurang 'gah'
Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.
Sukan Asia: Kita perlu realistik sasaran emas - Azim
Malaysia perlu memungut lebih 10 pingat emas berdasarkan pungutan pingat edisi lalu sekiranya ingin mencapai kelompok 10 terbaik.
Gold Coast 2018: Mazlan anggap Malaysia gagal
Sasaran utama Malaysia adalah untuk menempatkan diri dalam kelompok 10 negara terbaik dalam kalangan negara bertanding.
Misi kontinjen negara tercapai di Singapura
Kejayaan Kontinjen negara di temasya Sukan SEA ke-28 mengumpul 60 pingat emas sehingga Isnin mengatasi pencapaian di Sukan SEA Myanmar dua tahun lepas.
Sukan SEA: Silat sumbang tiga emas
Tiga pingat emas berjaya dikutip skuad silat negara dalam lima pentas akhir yang berlangsung hari ini, di temasya Sukan Sea ke-28, Singapura.
Malaysia melepasi jumlah pingat emas di Myanmar
Kontinjen negara kini sudah melepasi jumlah pungutan pingat emas yang diperolehi pada Sukan SEA ke-27 di Myanmar dua tahun lepas.
OKS bakal tinggalkan FAM?
Pengendali skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee berkata mengendalikan skuad remaja negara untuk tiga edisi Sukan Sea sudah cukup buat dirinya.